Islam Crescent Moon

Muqoddimah Bicara

>> Sabtu, 20 Mac 2010


بدأت ببسم الله في النظم أوّﻻ

Puji-pujian kepadaNya yang telah memberikan kita nikmat yang banyak dan pelbagai. Solawat dititipkan buat ar-RasulNya Muhammad bin Abdullah yang telah banyak berjuang dan berkorban menyampaikan risalahNya. Seterusnya buat Tabi' dan Tabi'ittabiin yang menjadi penerus risalah tauhid yang akhirnya dapat kita sama-sama mengecapi nikmat Islam dan Iman ini.

Di kesempatan ini, kami sedang berusaha membangunkan satu komunikasi maya bagi menghubung kembali ukhuwwwah yang telah semakin menjauh dek hal-hal masing-masing dan kekadang kita punyai sekatan untuk meneruskan kembali ikatan itu lantaran hilangnya sudah medium perantaraan seumpama nombor telefon dan sebagainya. Sayugia, ukhuwwah ini terlalu mahal dan tidak dapat diberi nilai oleh kita sebagai insan biasa apatah lagi sang pencipta yang menginginkan kita senantiasa bersilaturrahmi sesama kita sebagai firmanNya dalam surah al-Hujuraat ayat 10 yang berbunyi :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Begitulah hakikatnya, kita adalah salah seorang anggota keluarga dari adik-beradik yang ramai. Justeru, marilah kita sama-sama menggunakan medium yang terbina ini untuk kita kembali berukhuwwah hingga sampai ke sana.. Perlu diketahui, alam maya ini adalah sebagai wasilah atau wadah yang kita gunakan untuk kita realisasikannya atau "tatbiq/tanfiz" di dunia nyata. Secara mudah, ianya sebagai langkah pemula untuk kita menelusuri kembali makna ukhuwwah yang hakiki.

Kami amat mengalu-alukan apa-jua bahan, pengisian, juga berita tentang ahli-ahli alumni ini. Untuk tujuan itu, maka bolehlah dimajukan bahan-bahan tersebut kepada email berikut dengan digantikan (at) dengan meletakkan @ :

Admin: alumni.instituttahfizsaba(at)gmail.com
Nizam: ashabul_mujahiddin(at)yahoo.com.my
Shahmi: alfarobi0161(at)yahoo.com

Sekian dahulu :-)

0 ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP